Vrydag 04 Januarie 2013

Ayam Sambal Kismis



Ayam sambal kismis adalah resepi olahan Kak Noor sendiri.  Ada rasa manis, masam, dan pedas menepati citarasa sekeluarga. Masakan ini memang digemari oleh anak-anak Kak Noor.  Tak payah masak lauk lain.  Kalau ada papadom, lagilah menambah selera.  Kak Noor lebih suka memasak makanan yang anak-anak Kak Noor gemar memakannya.  Puas hati bila tengok lauk yang kita masak licin dan tidak terbuang. Secara tidak langsung menguatkan semangat kita untuk memasak lagi untuk keluarga walaupun terkadang waktu keletihan melanda dan memaksa kita membeli lauk segera aje.... (lauk di kedai).

Resepi ini amat ringkas dan bahan-bahan yang digunakan memang mudah didapati.

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dibersihkan - dipotong 12
1 sudu kecil lada sulah
3 sudu besar sos nanas
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
2 batang serai dititik
1 cawan air
1/4 cawan pati santan
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar gula putih atau secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan-bahan untuk dikisar basah:
4 senduk cili kering yang telah dikisar
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 sudu besar kismis
1 biji tomato
1 kiub ayam maggi
Air secukupnya untuk mengisar

Cara-cara memasak:
  1. Bersihkan ayam dan digaramkunyitkan.  Letak 1 sudu kecil  lada sulah, kaup rata dan perap selama lebih kurang 30 minit.  Lebih elok kalau diperap semalam di dalam peti sejuk.
  2. Goreng ayam sehingga 3/4 masak.  Angkat dan ketepikan.
  3. Dalam kuali yang sama, tinggalkan sedikit minyak gorengan ayam untuk menumis.
  4. Bila minyak telah panas, tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar.  Kacau rata dan tutup kuali.  Biarkan bahan tumisan masak sehingga berbau wangi dan terbit minyak.
  5. Masukkan 1 cawan air bersama serai yang telah dititik dan kacau.  Biarkan ia mendidih seketika.
  6. Kemudian masukkan sos cili, sos nanas, sos tiram, pati santan, dan kiub ayam maggi.  Kacau rata dan masukkan gula merah, gula putih dan garam secukupnya.  Jangan lupa rasa kuahnya.  Sekiranya kuah agak pekat, boleh tambah sedikit air.  
  7. Langkah seterusnya, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kaup balikkan bersama kuah.  Perlahankan api dan biarkan ia masak di atas dapur beberapa ketika atau sehingga ayam masak.
  8. Semasa dihidangkan, boleh ditabur sedikit kismis dan bawang goreng.  

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Ayam Sambal Kismis

0 opmerkings:

Plaas 'n opmerking