Maandag 02 Desember 2013

Koay Teow Goreng Basah

Pagi ini Kak Noor goreng koay teow sahaja untuk sarapan pagi. Dah agak lama, tak goreng koay teow ni. Kebiasaannya dua bungkus koay teow baru mencukupi. Koay teow goreng ni sedap kalau kita letakkan kerang sebagai rencahnya. Tapi Kak Noor tak ada kerang kat rumah, gantikan dengan udang sahaja. Kak Noor goreng koay teow ini basah-basah sedikit. Lebih sedap dimakan, sejurus selepas masak. Sedap tu....




Bahan-bahannya:
2 bungkus koay teow
Udang saiz sederhana besar
Taugeh 50 sen
1 senduk nasi cili kering kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar saiz sederhana dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 keping tauhu putih dipotong dadu
Garam/gula/perasa
Minyak secukupnya untuk menumis
Air secukupnya.

Hiasan:
Daun sup/daun bawang
Cili hidup
Cili hijau jeruk
Bawang goreng


Persediaannya:
Panaskan minyak di dalam kuali
Goreng tauhu yang dipotong dadu sehingga kekuningan, angkat dan ketepikan.
Dalam minyak yang sama, tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris sehingga kekuningan.
Masukkan cili kering yang telah dikisar sehingga naik bau dan terbit minyak.
Masukkan sedikit air dan kacau rata, diikuti dengan sos cili,sos tomato, sos tiram, dan serbuk lada hitam. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa, Gaulkan sebati sehingga kuah bertukar warna kegelapan sedikit.
Selepas itu dimasukkan udang, gaul sebati dan biarkan ia masak sekejap.
Rasa kuahnya. Tambahkan perasa bagi memenuhi citarasa. Kermudian baru dimasukkan koay teow dan tauhu goreng tadi. Gaulkan rata.
Perlahan api dan akhir sekali baru dimasukkan taugeh.
Kacau sehingga semua bahan sebati. Jangan sampai taugeh layu.
Setelah itu boleh diangkat dan dihidangkan. Hiaskan dengan daun sup/bawang, cili hidup yang dihiris dan bawang goreng. Hidangkan panas-panas.


    Nota:
    Kalau nakkan koay teow goreng yang lebih sempurna, boleh dimasukkan daun kucai bersama taugeh. Dalam hidangan ini tidak dimasukkan daun kucai sebab keluarga Kak Noor tidak berapa gemarkan daun kucai ini.
    Sedap dimakan kalau ada cili hijau jeruk. Menambahkan selera....

      Share on Facebook
      Share on Twitter
      Share on Google+

      Related : Koay Teow Goreng Basah

      0 opmerkings:

      Plaas 'n opmerking