Dinsdag 10 Desember 2013

Lempeng Pisang Kelapa Beroat

Pisang masih banyak di dapur.  Rasanya minggu ni resepi pisang lah ye!  Agak lama juga tak buat lempeng.  Hubby Kak Noor suka makan lempeng ni.  Terkenang semasa zaman kanak-kanaknya di kampung.  Ibunya rajin membuat lempeng ni.  Maklumlah rumahpun dikelilingi pokok pisang.  Adik-beradikpun ramai.  Pagi dan petang makan lempeng.  Itu resepi yang paling mudah.  Hubby Kak Noor pun pandai masak sendiri lempeng ini. Resepi asal lempeng ini cuma menggunakan bahan-bahan asas seperti tepung gandum, gula, pisang, dan kelapa.  Cara membakarnya pula menggunakan daun pisang.  Kata hubby Kak Noor kalau masak lempeng mesti bakar atas daun pisang, baru ori rasanya.

Tetapi lempeng sekarang telah dipelbagaikan cara masakannya dengan menggunakan bahan-bahan tambahan mengikut citarasa masing-masing. Walaupun begitu bahan-bahan asas lempeng masih dikekalkan.  Kak Noor cuba mempelbagaikan masakan lempeng ini seperti resepi di bawah.  Lempeng ini sedap dicicah dengan susu pekat, sambal tumis, dan yang paling sedap dengan kari ikan.  Emm....sedapnye...


Bahan-bahan:
10 biji pisang ranum saiz sederhana besar  (Kak Noor guna pisang awak)
4 sudu besar gula (gula pasir + gula perang - kemanisan ikut citarasa masing-masing, tetapi gula putih lebih banyak daripada gula perang
2 sudu susu tepung
2 sudu besar oat
1 sudu besar mayonis
2  cawan tepung gandum
Kelapa parut muda + sedikit garam
Marjerin secukupnya


Pisang dan gula dilenyek sampai hancur
Ratakan adunan di atas kuali leper
Taburkan sedikit kelapa yang telah dicampur dengan garam
  Penyediaannya:
  •  Lenyek pisang dengan gula sampai hancur
  • Masukkan tepung gandum, susu tepung, oat, mayonis dan gaul hingga sebati.
  • Panaskan kuali leper atau non-stick pan yang disapu dengan sedikit margerin di atas api yang sederhana panas.
  • Ambil sedikit adunan anggaran sesenduk besar dan ratakan jadi bulat di atas kuali leper.
  • Sebelum adunan kering dan masak, taburkan sedikit kelapa di satu bahagian.
  • Balikkan bila satu bahagian telah masak kekuningan.
  • Masak sehingga perang dan garing di luar.
  • Angkat bila kedua-dua bahagian masak. Kalau suka,sapukan sedikit margerin di atas empeng tersebut. 
  • Buatlah begini sekeping demi sekeping hingga semua adunan tersebut habis. 
Lempeng yang telah siap.  Sedap dicicah dengan kari ikan, sambal tumis, dan susu pekat.
Nota:  *Sekiranya menggunakan daun pisang, adunan hendaklah diratakan di atas daun pisang.  Taburkan kelapa parut pada sebelah bahagian sahaja.  Kemudian lipatkan daun pisang dan letakkan di atas kuali. 

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Lempeng Pisang Kelapa Beroat

0 opmerkings:

Plaas 'n opmerking