Vrydag 27 Desember 2013

Koay Teow Goreng Berkicap

Pagi ini sarapan Koay Teow goreng lagi. Alhamdulillah sempat Kak Noor menyiapkan sarapan pagi untuk anak-anak di rumah sebelum pergi kerja.  Lagipun semua bahan yang diperlukan ada.  Anak-anak Kak Noor suka koay teow goreng yang tidak berapa pedas dan sedikit basah.  So Kak Noor gunakan kicap manis.  Walau bagaimanapun cili kisar Kak Noor tetap digunakan juga.





Bahan-bahannya:
2 bungkus koay teow basah (Kak Noor guna cap Laksamana)
50 sen taugeh
10 ekor udang saiz sederhana
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 biji tauhu dipotong kiub
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
1 cawan air

Untuk hiasan:
Daun sup/daun bawang
Tomato dihiris bulat
Bawang Goreng
Cili hijau

Penyediaannya:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali.  Tumiskan bahan besar, bawang putih dan tauhu sehingga kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak.
  3. Setelah terbit minyak, masukkan air.  Kacau rata.
  4. Masukkan sos cili, sos tomato,  sos tiram dan kicap manis.  Perasakan denan garam, dan gula. Biarkan kuah mendidih seketika.
  5. Selepas itu masukkan udang dan biarkan ia mereneh sehingga udang masak.
  6. Akhir sekali masukkan koay teow dan kaup balikkan sehingga ia sebati dengan kuah.  Bila koay teow telah masak, masukkan taugeh dan gaul rata.  Jangan sampai taugeh layu.
  7. Semasa dihidangkan boleh dihiaskan dengan daun sup/bawang, bawang goreng, dan cili hijau. Boleh dimakan bersama cili jeruk. 




Rasa sepinggan, tambah lagi....

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Koay Teow Goreng Berkicap

0 opmerkings:

Plaas 'n opmerking