Dinsdag 23 Julie 2013

SAYUR CAMPUR SOS TIRAM



Bahan-bahannya:
Kacang buncis
Lobak merah (Kak Noor guna baby carrot)
Cendawan tiram kelabu
Kacang sepat
Putik jagung
Bebola ikan sayur panjang – dipotong serong
¼ biji lada benggala – warna kuning, dihiris memanjang
¼ biji lada benggala – warna hijau, dihiris memanjang
3 ulas bawang kecil - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
3 biji cili padi merah – diketuk
4 sudu sos tiram ) disatukan dalam bekas dan
1 sudu kecil serbuk lada hitam ) dibancuh dengan air
2 sudu besar tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis

Cara-cara memasak:
1. Kuantiti setiap jenis sayur-sayuran yang digunakan adalah bergantung kepada keperluan hidangan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang kecil, bawang putih, cili padi merah sehingga naik bau. Kemudian masukkan bebola ikan. Tumis sehingga bebola ikan masak.
3. Masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam yang telah dibancuh dengan air. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah mendidih. Sekiranya mahukan kuah yang lebih, bolehlah ditambah air lagi.
4. Bila kuah telah mendidih, masukkan semua sayur-sayuran dan lada benggala, diikuti dengan tepung jagung. Kacau rata.
5. Bila sayur-sayuran telah masak, bolehlah ditutup api.




Inilah bebola ikan sayur panjang

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : SAYUR CAMPUR SOS TIRAM

  • IKAN SAMBAL KICAP ALA MAMAKBahan-bahannya:5 ekor ikan mata besar (Ikan lain pun boleh)2 senduk nasi cili kering kisar1 biji tomato - dibelah 41 labu bawang besar - dipotong gegelang1 labu bawang besar - dihiris2 ulas bawang pu ...
  • Kari Ikan Tenggiri Bunga.Assalamualaikum...So seperti biasa ibu-ibu di luar sana mesti tengah fikir nak masak apa hari ini.  Kalau masih tak pasti apakah yang hendak dimasak, jom kita layari internet.  Banyak laman ...
  • PUCUK MANIS MASAK LEMAK PUTIHBahan-bahannya:2 ikat pucuk manis (diambil daunnya)Segenggam udang kering2 cawan santan sawit KHALIS – dicampur dengan 4 cawan air1 biji bawang besar – dihiris3 ulas bawang putih – dihiris¼ biji cili ...
  • AYAM SEMANIS KURMABahan-bahan A:1 ekor ayam organik - digaramkunyitkan1 biji tomato – dipotong kiub½ cawan santan + ½ cawan air1 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos cili1 kiub ayam Knorr1 batang serai - dititik2 sud ...
  • Sayur Campur Sos TiramInilah adalah resepi paling ringkas dan segera disediakan.  Sedap dimakan dengan nasi semasa panas dan sedap juga diratah begitu sahaja bagi sesiapa yang sedang berdiet.  Jenis sayur-sayura ...
  • KACANG BUNCIS GORENG TAUHUBahan-bahannya:15 batang kacang buncis - dipotong serong1/4 biji cili benggala hijau - dipotong memanjang2 biji tauhu - digoreng dahulu, dipotong kecil2 biji bawang merah - dihiris2 ulas bawang putih ...

0 opmerkings:

Plaas 'n opmerking