Vrydag 12 Julie 2013

IKAN SAMBAL KICAP ALA MAMAK




Bahan-bahannya:
5 ekor ikan mata besar (Ikan lain pun boleh)
2 senduk nasi cili kering kisar
1 biji tomato - dibelah 4
1 labu bawang besar - dipotong gegelang
1 labu bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 batang serai - diketuk
2 tangkai daun kari - dilurut
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap manis
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis

Cara-cara memasak:
1.  Ikan dibersihkan dan digaramkunyitkan.  Kemudian digoreng sehingga garing.  Ketepikan.
2.  Gunakan sedikit daripada minyak gorengan untuk menumis.  Bila minyak panas, tumis halia, serai,  dan daun kari sehingga naik bau.  Kemudian baru dimasukkan bawang besar dan bawang putih.  Tumis sehingga bawang kekuningan kemudian baru dimasukkan cili kering kisar.  Masak sehingga cili garing/terbit minyak.
3.  Setelah cili garing, masukkan 1 cawan air dan kacau.  Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, dan kicap. Perasakan dengan garam dan gula.  Kacau rata dan biarkan kuah sambal mendidih.
4.  Setelah  kuah mendidih dan rasapun dah ok, bolehlah dimasukkan ikan goreng tadi. Masukkan bawang besar yang dipotong gegelang dan buah tomato.   Kaupbalikkan supaya sambal menyaluti ikan goreng tadi. Cara lain ialah dengan mencurahkan kuah sambal di atas ikan.
5.  Semasa menghidang, bolehlah dihiaskan dengan daun sup/daun bawang.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : IKAN SAMBAL KICAP ALA MAMAK

  • Kari Ikan Tenggiri Bunga.Assalamualaikum...So seperti biasa ibu-ibu di luar sana mesti tengah fikir nak masak apa hari ini.  Kalau masih tak pasti apakah yang hendak dimasak, jom kita layari internet.  Banyak laman ...
  • KOBIS MASAK LEMAK PUTIH SUHUN, FUCUK & CENDAWAN Bahan-bahan A:1 biji kobis - anggaran 200 gram - dipotong lebar1 biji cili merah - dihiris2 biji bawang merah (bawang kecil) - dihiris2 ulas bawang putih - dihirisSegenggam udang kering2 cawan santan ...
  • MENU BERBUKA PUASA, SAMBAL UDANG PETAI, SUP SAYUR PETOLA CAMPUR FISH BALL DAN SOUN, DAN TELUR MASINAssalamualaikum.....Inilah juadah yang sempat disediakan oleh Kak Noor untuk juadah berbuka puasa hari Ramadhan yang ke-7.   Tak sempat nak sediakan lauk yang beraneka, maklumlah orang bekerja. ...
  • KACANG BUNCIS GORENG TAUHUBahan-bahannya:15 batang kacang buncis - dipotong serong1/4 biji cili benggala hijau - dipotong memanjang2 biji tauhu - digoreng dahulu, dipotong kecil2 biji bawang merah - dihiris2 ulas bawang putih ...
  • SAMBAL TERUNGAssalamualaikum...N3 Kak Noor kali ini ialah Sambal Terung.  Ringkas menu ini kan!  Bila masa tidak mengizinkan kita lama-lama berada di dapur, inilah cara paling mudah untuk menyediak ...
  • Kari Masak Merah Peha Ayam - Kari PekatBahan-bahannya:5 ketul peha ayam saiz besar3 biji ubi kentang kulit kuning – dibelah dua (tidak perlu kupas kulit)1 biji buah tomato – dibelah dua1 cawan santan sawit KHALIS + 1 cawan air (gunakan c ...

0 opmerkings:

Plaas 'n opmerking