Sondag 14 Julie 2013

AYAM SEMANIS KURMA



Bahan-bahan A:
1 ekor ayam organik - digaramkunyitkan
1 biji tomato – dipotong kiub
½ cawan santan + ½ cawan air
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 kiub ayam Knorr
1 batang serai - dititik
2 sudu besar gula perang + gula putih
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng ayam

Bahan-bahan B (dikisar halus):
3 senduk nasi cili kering kisar
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Air secukupnya

Bahan-bahan C (dikisar halus):
5 biji kurma
2 sudu besar kismis – sebarang kismis
Sedikit air

Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ayam sehingga 3/4 masak. Ketepikan.
2. Gunakan 2 senduk nasi minyak gorengan ayam untuk menumis. Tumis serai dan kemudian masukkan bahan B. Masak sehingga terbit minyak.
3. Masukkan bahan C dan tomato, kacau rata. Gunakan api perlahan dan biarkan ia mereneh di atas dapur selama 5 minit.
4. Kemudian masukkan sos tiram dan sos cili, diikuti dengan santan. Kacau rata dan masukkan kiub ayam. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga kuah mendidih.
5. Rasa kuahnya. Sekiranya cukup rasa, bolehlah dimasukkan ayam goreng tadi. Kacau rata sehingga ayam bersalut dengan sambal. Biarkan di atas dapur selama 5 minit lagi, kemudian bolehlah ditutup api.




Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : AYAM SEMANIS KURMA

  • KACANG BUNCIS GORENG TAUHUBahan-bahannya:15 batang kacang buncis - dipotong serong1/4 biji cili benggala hijau - dipotong memanjang2 biji tauhu - digoreng dahulu, dipotong kecil2 biji bawang merah - dihiris2 ulas bawang putih ...
  • SAYUR CAMPUR SOS TIRAMBahan-bahannya:Kacang buncisLobak merah (Kak Noor guna baby carrot)Cendawan tiram kelabuKacang sepatPutik jagungBebola ikan sayur panjang – dipotong serong¼ biji lada benggala – warna kuning, dihiris ...
  • KOBIS MASAK LEMAK PUTIH SUHUN, FUCUK & CENDAWAN Bahan-bahan A:1 biji kobis - anggaran 200 gram - dipotong lebar1 biji cili merah - dihiris2 biji bawang merah (bawang kecil) - dihiris2 ulas bawang putih - dihirisSegenggam udang kering2 cawan santan ...
  • IKAN SAMBAL KICAP ALA MAMAKBahan-bahannya:5 ekor ikan mata besar (Ikan lain pun boleh)2 senduk nasi cili kering kisar1 biji tomato - dibelah 41 labu bawang besar - dipotong gegelang1 labu bawang besar - dihiris2 ulas bawang pu ...
  • PUCUK MANIS MASAK LEMAK PUTIHBahan-bahannya:2 ikat pucuk manis (diambil daunnya)Segenggam udang kering2 cawan santan sawit KHALIS – dicampur dengan 4 cawan air1 biji bawang besar – dihiris3 ulas bawang putih – dihiris¼ biji cili ...
  • Kari Ikan Tenggiri Bunga.Assalamualaikum...So seperti biasa ibu-ibu di luar sana mesti tengah fikir nak masak apa hari ini.  Kalau masih tak pasti apakah yang hendak dimasak, jom kita layari internet.  Banyak laman ...

0 opmerkings:

Plaas 'n opmerking