Home »
Selera Ramadhan 2013 »
MENU BERBUKA PUASA, SAMBAL UDANG PETAI, SUP SAYUR PETOLA CAMPUR FISH BALL DAN SOUN, DAN TELUR MASIN
Dinsdag 16 Julie 2013
Assalamualaikum.....
Inilah juadah yang sempat disediakan oleh Kak Noor untuk juadah berbuka puasa hari Ramadhan yang ke-7. Tak sempat nak sediakan lauk yang beraneka, maklumlah orang bekerja. Sambal tumis udang campur petai itu merupakan menu kegemaran keluarga Kak Noor. Bila dah dihidangkan, kecur juga `menatap'nya di bulan puasa ini, Dihidangkan pula dengan sup sayur petola campur fish ball dan telur masin. Anak-anak dah tak sabar.... tunggu azan maghrib berkumandang aje..., nak `on'.
Resepi sambal tumis udang petai telah ada di blog ini. Klik di SINI untuk resepinya. Cuma N3 kali Kak Noor berikan resepi sup tumis petola saja. Mudah aje resepi ni, anak-anak bujang pun boleh mencubanya.
SUP SAYUR PETOLA CAMPUR FISH BALL DAN SOUN
Bahan-bahannya:
1 batang petola - dipotong serong
1 paket kecil fish ball sayuran
Sedikit soun - direndam dan ditoskan
1 biji bawang merah (bawang kecil) - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - dihiris mancis
1 biji cili merah - dihiris
1 kiub ayam
Garam, gula
Air secukupnya untuk sup
Cara-caranya:
1. Panakan sedikit minyak di dalam periuk, lebih kurang 2 sudu besar aje. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, dan cili merah. Kemudian masukkan fish ball dan kacau rata.
2. Bila bawang telah bertukar kekuningan masukkan air secukupnya bersama kiub ayam. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih.
3. Kemudian masukkan petola dan soun. Kacau rata dan biarkan ia mendidih sekali (Jangan masak sayur terlalu lama, nanti kecut sayurnya).
4. Tutup api. Semasa menghidang, bolehlah dihiaskan dengan daun sup.daun bawang, dan bawang goreng.
MENU BERBUKA PUASA, SAMBAL UDANG PETAI, SUP SAYUR PETOLA CAMPUR FISH BALL DAN SOUN, DAN TELUR MASIN
Geplaas deur
Admin Blog
om
15:37

Tags :
Selera Ramadhan 2013
Related : MENU BERBUKA PUASA, SAMBAL UDANG PETAI, SUP SAYUR PETOLA CAMPUR FISH BALL DAN SOUN, DAN TELUR MASIN
KACANG BUNCIS GORENG TAUHUBahan-bahannya:15 batang kacang buncis - dipotong serong1/4 biji cili benggala hijau - dipotong memanjang2 biji tauhu - digoreng dahulu, dipotong kecil2 biji bawang merah - dihiris2 ulas bawang putih ...
SAMBAL TERUNGAssalamualaikum...N3 Kak Noor kali ini ialah Sambal Terung. Ringkas menu ini kan! Bila masa tidak mengizinkan kita lama-lama berada di dapur, inilah cara paling mudah untuk menyediak ...
PUCUK MANIS MASAK LEMAK PUTIHBahan-bahannya:2 ikat pucuk manis (diambil daunnya)Segenggam udang kering2 cawan santan sawit KHALIS – dicampur dengan 4 cawan air1 biji bawang besar – dihiris3 ulas bawang putih – dihiris¼ biji cili ...
Kari Masak Merah Peha Ayam - Kari PekatBahan-bahannya:5 ketul peha ayam saiz besar3 biji ubi kentang kulit kuning – dibelah dua (tidak perlu kupas kulit)1 biji buah tomato – dibelah dua1 cawan santan sawit KHALIS + 1 cawan air (gunakan c ...
KOBIS MASAK LEMAK PUTIH SUHUN, FUCUK & CENDAWAN Bahan-bahan A:1 biji kobis - anggaran 200 gram - dipotong lebar1 biji cili merah - dihiris2 biji bawang merah (bawang kecil) - dihiris2 ulas bawang putih - dihirisSegenggam udang kering2 cawan santan ...
Kari Ikan Tenggiri Bunga.Assalamualaikum...So seperti biasa ibu-ibu di luar sana mesti tengah fikir nak masak apa hari ini. Kalau masih tak pasti apakah yang hendak dimasak, jom kita layari internet. Banyak laman ...
Teken in op:
Plaas opmerkings (Atom)
0 opmerkings:
Plaas 'n opmerking